๐Ÿ› ️ Jom Belajar: Kenali Claim Insurans Yang Ditawarkan oleh Pihak Insurans Motosikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan setia YAA Motorsports!

Hari ini kami ingin kongsikan sedikit ilmu bermanfaat tentang jenis-jenis tuntutan insurans motosikal yang boleh anda buat sekiranya berlaku kemalangan atau kehilangan.


Sebagai pemilik motosikal, anda berhak tahu tentang perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat insurans supaya anda boleh membuat pilihan yang bijak dan bersedia apabila sesuatu terjadi.



✅ Jenis-Jenis Tuntutan Insurans Motosikal


  1. Tuntutan Own Damage (OD)
    • Untuk kerosakan pada motosikal anda akibat kemalangan sendiri.
    • Contoh: terbabas sendiri, terlanggar tiang, jatuh motor.

  2. Tuntutan Third Party (TP)
    • Digunakan apabila pihak lain yang menyebabkan kemalangan.
    • Anda boleh menuntut pembaikan atau ganti rugi daripada insurans pihak ketiga.

  3. Tuntutan Theft (Kecurian)
    • Jika motosikal anda dicuri.
    • Pastikan laporan polis lengkap dan dibuat segera.

  4. Tuntutan Total Loss / Burnt
    • Motosikal rosak 100% atau terbakar sepenuhnya.
    • Nilai pasaran motosikal akan dinilai oleh syarikat insurans.

  5. Tuntutan Personal Injury (PI)
    • Pampasan kepada penunggang/pembonceng jika mengalami kecederaan serius akibat kemalangan.

  6. Tuntutan Windscreen / Aksesori Tambahan
    • Jika dilindungi dalam polisi, anda boleh tuntut untuk kerosakan aksesori yang diinsuranskan.

  7. Tuntutan ODKFK (Own Damage Knock-For-Knock)
    • Untuk kemalangan melibatkan pihak lain tetapi anda menuntut pembaikan daripada insurans sendiri, bukan insurans pihak ketiga.
    • Proses lebih cepat kerana tak perlu tunggu kelulusan pihak ketiga.
    • Biasanya digunakan apabila kedua-dua pihak mempunyai polisi komprehensif.
    • Tiada kehilangan NCD jika digunakan mengikut syarat yang betul.



๐Ÿ“Œ Tips Tambahan:


✔️ Simpan semua dokumen penting seperti laporan polis, gambar kemalangan, dan salinan lesen/kad pengenalan.

✔️ Tuntutan akan lebih mudah dan cepat jika dihantar melalui bengkel panel seperti YAA Motorsports Enterprise yang berdaftar dengan Merimen.



๐Ÿ“ž Hubungi Kami Jika Anda Mahu Buat Tuntutan!


Kami sedia bantu anda dari A-Z – dari laporan polis, pemfailan kes, pembaikan, sehingga selesai tuntutan insurans.


๐Ÿ“ Lokasi: No. 19 & 21, Jalan PPAJ 2/4, Puncak Alam, Selangor

๐Ÿ“ž Hotline: 011-64173519 / 03-60383226

๐Ÿ“ง Emel: yaamotorsports@gmail.com




Nak kami bantu semak polisi insurans anda?

๐Ÿ’ฌ WhatsApp kami hari ini!


Comments

Pengumuman Rasmi

Peluang Kerjaya & Latihan Industri

๐Ÿšจ PERKHIDMATAN TOWING 24 JAM

๐Ÿค• Tuntutan Kecederaan Badan & Pampasan Sivil