Tips & Info Automotif
Cara Penjagaan Motosikal Harian
• ✔️ Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya seminggu sekali.
• ✔️ Gunakan minyak hitam yang sesuai – tukar setiap 1500–2000 km.
• ✔️ Bersihkan penapis udara dan rantai dengan kerap.
• ✔️ Jangan biarkan motosikal lama tidak dihidupkan – start enjin sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
Tanda-tanda CVT, Clutch Atau Tayar Bermasalah
• ⚠️ CVT berbunyi kasar – tanda belt longgar atau haus.
• ⚠️ Clutch sangkut atau motor tersentak semasa mula bergerak.
• ⚠️ Tayar haus sebelah sahaja – perlu alignment segera.
• ⚠️ Bunyi 'nguuung' masa berjalan – tanda bearing rosak.
Apa Perlu Buat Kalau Terlibat Kemalangan?
• 1️⃣ Ambil gambar motor dan lokasi kejadian.
• 2️⃣ Buat laporan polis dalam masa 24 jam.
• 3️⃣ Dapatkan salinan report & cover note insurans.
• 4️⃣ Hantar motor ke bengkel panel seperti YAA Motorsports.
• 5️⃣ Kami bantu urus tuntutan insurans dari A hingga Z.
Kesalahan Ubahsuai Yang Boleh Menyebabkan Tuntutan Ditolak
• ❌ Tukar warna tanpa maklum kepada JPJ.
• ❌ Pasang lampu HID/LED terlalu terang.
• ❌ Exhaust terlalu bising – tidak ikut piawaian.
• ❌ Rangka atau enjin tidak padan dengan geran motosikal.
Perlindungan Insurans: Wajib Tahu Sebelum Bayar
• 🛡️ Semak jenis polisi – 'First Party' atau 'Third Party'.
• 🛡️ Pertimbangkan insurans Personal Accident (PA).
• 🛡️ Tanya bengkel jika tuntutan boleh dilakukan tanpa pendahuluan tunai.
Tips Jimat Minyak Motosikal
• ⛽ Isi angin tayar secukupnya untuk elak pembaziran bahan api.
• ⛽ Guna spark plug & minyak enjin berkualiti.
• ⛽ Elakkan pecutan dan membrek secara mendadak.
• ⛽ Servis karburator atau sistem bahan api ikut jadual.
Checklist Servis Berkala Motosikal
• 🔧 Tukar minyak hitam setiap 1500–2000 km.
• 🔧 Periksa sistem brek, rantai, dan tayar.
• 🔧 Bersihkan penapis udara.
• 🔧 Servis CVT untuk skuter automatik.
Panduan Tuntutan Insurans Motorsikal (Third Party)
• 📄 Sediakan laporan polis & salinan IC.
• 📄 Sertakan cover note insurans & lesen.
• 📄 Hantar motosikal ke bengkel YAA – kami bantu sediakan semua dokumen tuntutan Merimen.
Comments