Bengkel Panel Allianz General Insurance (Malaysia) Berhad -YAA MOTORSPORTS ENTERPRISE
Tarikh: 30 Ogos 2025
Rawang, Selangor – 30 Ogos 2025 – YAA Motorsports Enterprise dengan sukacitanya mengumumkan bahawa syarikat telah dilantik secara rasmi sebagai Bengkel Panel Allianz General Insurance (Malaysia) Berhad bagi perkhidmatan baikpulih motosikal.
Pelantikan rasmi ini dimeterai melalui perjanjian “Authorised Motorcycle Repairer Agreement” yang ditandatangani pada 29 Ogos 2025. Dengan pengiktirafan ini, YAA Motorsports Enterprise kini bersedia untuk menguruskan tuntutan insurans Allianz bagi pelanggan motosikal dengan lebih pantas, profesional dan telus.
“Ini adalah satu pencapaian besar buat bengkel kami. Kami berterima kasih kepada Allianz General Insurance atas keyakinan yang diberikan, serta kepada pelanggan kami yang sentiasa menyokong perjalanan YAA Motorsports Enterprise,” kata Muhammad Yusri Bin Kamaruddin, Pengarah Urusan YAA Motorsports Enterprise.
Sebagai bengkel panel rasmi, YAA Motorsports Enterprise akan memastikan setiap motosikal yang dihantar untuk tuntutan insurans menerima khidmat pemeriksaan dan baikpulih mengikut piawaian industri, dengan penekanan kepada kualiti, keselamatan dan kepuasan pelanggan.
Dengan pelantikan ini, YAA Motorsports Enterprise terus mengukuhkan kedudukannya sebagai bengkel motosikal bertauliah di kawasan Rawang, Puncak Alam dan sekitarnya.
- Ditubuhkan pada tahun 2024, YAA Motorsports Enterprise menawarkan perkhidmatan baikpulih motosikal, tuntutan insurans, pembaharuan cukai jalan, servis penyelenggaraan, serta jualan alat ganti. Dengan komitmen terhadap kualiti dan kepuasan pelanggan, bengkel ini kini melangkah ke fasa baharu sebagai bengkel panel rasmi Allianz General Insurance.
๐ Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
YAA Motorsports Enterprise
No. 19 & 21, Jalan PPAJ 2/4,
Pusat Perdagangan Alam Jaya,
Bandar Puncak Alam,
42300 Kuala Selangor, Selangor.
Tel: 014-5591170 / 011-64173519
Comments