**PENGUMUMAN RASMI PEMBUKAAN CAWANGAN BAHARU
YAA MOTORSPORTS ENTERPRISE – KAMUNTING, PERAK**
YAA Motorsports Enterprise dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kami telah membuka cawangan baharu di Kamunting, Perak, bermula 13 Januari 2026. Pembukaan ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatan serta memberikan pengalaman servis yang lebih mudah, pantas dan profesional kepada pelanggan di utara Semenanjung.
๐ Alamat Cawangan Kamunting:
No. 237, Jalan Kamunting,
34600 Kamunting, Perak
Cawangan ini menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk:
• Servis motosikal harian
• Baik pulih enjin
• Tayar & balancing
• Wiring
• Accident repair
• Claim insurans motosikal
• Supply alat ganti
Pembukaan ini adalah komitmen YAA Motorsports untuk terus berkembang dan memberikan kualiti servis yang konsisten di setiap lokasi. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong perjalanan kami sejak penubuhan bengkel pada 2024.
Kami mengalu-alukan penduduk Kamunting, Taiping dan kawasan sekitarnya untuk datang mendapatkan perkhidmatan di bengkel baharu ini.
Untuk pertanyaan & temujanji:
๐ 011-6417 3519
YAA MOTORSPORTS ENTERPRISE
“Kerja Kemas, Hasil Memang Puas.”
Comments